Hubungi saya Fakhrul (019-2444832)

Rabu, 13 Mei 2015

Tuan-tuan yang budiman..
Masih ada lagi yang beranggapan membela ayam pupuh atau ayam sabung tujuannya untuk laga, judi atau bon. Ada lagi yang menghubungi saya bertanya tentang bon mana laga dan ajak adu secara 'sihat'. Maaflah tuan yang bertanya, Tuhan bukan cipta sejenis ayam yang bernama ayam pupuh atau ayam sabung ni untuk tujuan laga. Selaras dengan penciptaan manusia, Tuhan menyuruh kita mengabdikan diri kepadaNya. Apa kaitan pula dengan bela ayam sabung ni dengan mengabdikan diri kepadaNya atau menyembahNya? Kita bela ayam buat hobi saja dan hargai kecantikan ayam sabung tidak kirala jenis batang kaki ke atau hujung ke..kemudian niat bela ayam lillahi taala. Jadi hukum sudah jelas bahawa melagakannya adalah haram apatah lagi berjudi atau berbon. So, melagakan ayam adalah bertentangan dengan cara mengabdikan diri kepada Allah..Harap faham la tuan-tuan. Semoga Allah menganugerahkan taufik dan hidayahNya kepada kita..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan