Hubungi saya Fakhrul (019-2444832)

Khamis, 14 Mei 2015

Dialog santai sejenak..

Penanya: Tuan kata laga ayam hukumnya haram, tetapi tuan jual ayam kepada orang lain dan orang lain buat laga, tidakkah bersubahat namanya?

Ayam Pupuh Baling: Oh begini tuan..sebenarnya tiap sesuatu yang Allah cipta hukumnya harus belaka selagi tidak ada dalil yang menunjukkan bahawa ianya haram. Contohnya ayam pupuh/ayam sabung/ayam laga/ayam baik. Lainla kalau binatang babi, ia haram samada dimakan, dimanfaatkan anggota tubuhnya, bulunya atau lain-lain. Berkenaan dengan perbuatan kita membela ayam sabung pula hukumnya juga harus. Begitu juga menjual ayam sabung kepada orang lain hukumnya harus. Kita berakad jual-beli dengan orang lain sudah lepas. Dan orang lain tidak pula menyatakan tujuan dia membeli ayam kita untuk apa. Kalau yang siang-siang lagi sudah kata beli ayam untuk laga dan main bon atau judi, itu baru nama bersubahat kalau kita jual kepadanya. Orang yang menjual kereta tetapi orang lain membelinya dan buat merompak, adakah si penjual patut juga tanggung dosa merompak tersebut? Tentu tidak bukan? Sebabnya si penjual tak tahu orang beli kereta untuk apa. Jadi tidak timbul saya bersubahat ke arah dosa kerana jual ayam kepada kaki laga. Andaikan orang tersebut menipu saya dan berkata mahu buat hobi saja, tetapi dia buat laga, saya sudah terlepas dosa subahat. Dialah tanggung sendiri kerana melagakan.

Penanya: Alah, majoriti ayam sabung orang buat laga..

Ayam Pupuh Baling: Adakah tuan pasti bersungguh-sungguh bahawa ayam yang saya jual, orang akan buat laga?

Penanya: Err..tak taula saya..

Ayam Pupuh Baling: So, tuan tidak boleh pukul rata atau hukum terus bahawa saya bersubahat juga kerana jual ayam..perkara yang tak pasti tak boleh dihukum semberono atau pukul rata..

Penanya: Kalau tak boleh laga atau main bon lesula industri bela ayam sabung ni..tak ada makna bela ayam sabung semata hobi..

Ayam Pupuh Baling: Itu bukan alasannya lesu atau tidak. Ini soal hukum. Tuan beragama Islam bukan? Bela ayam sabung boleh dan hargai keindahan serta kecantikannya..ramai pelanggan saya beli ayam saya bertanyakan soal bulu yang cantik, bentuk badan yang tegap, tulang yang baik dan ada pula yang nak ayam sabung berkokok dengan suara yang sedap. Tuan boleh pilih bela ayam LHK ke atau bela ayam jenis batang kaki yang berupa unik dan menarik seperti bercirikan fullset hitam, mata katak, bulu rambai yang keras, ada bauk, paruh pendek dan sebagainya. Tak ada masalah..

Penanya: Ok tuan syeikh.

Ayam Pupuh Baling: Saya bukan tuan syeikh, saya hanya menyampaikan..

3 ulasan: