Assalamualaikum
kepada tuan-tuan yang beragama Islam dan selamat malam buat yang non-muslim.
Terima kasih kerana anda sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini.
Kehidupan kita
memang menarik dan bahagia jika ditinjau dari segi beraktiviti hobi menternak
ayam pupuh atau ayam sabung. Pemilihan kata ‘Ayam Pupuh’ ada sebab-sebabnya
tertentu. Saya menternak ayam pupuh (ayam siam / ayam sabung / ayam laga / ayam
aduan / ayam tempur) kerana bukan berorientasikan lagaan ayam. Tetapi berorientasikan
hobi dan minat mendalam terhadap ayam yang diciptakan Tuhan ini dengan
ciri-ciri yang amat menarik. Di samping untuk berniaga.
Maaf kerana
berceloteh, tetapi hanya untuk menarik perhatian tuan-tuan yang budiman dalam
menyampaikan sedikit nasihat dan info-info berguna. Saya merupakan seorang
pendidik dan baru-baru ini telah membawa anak-anak murid ke pejabat veterinar
di daerah tempat saya bekerja (bukan di daerah Baling). Anak-anak murid
diberikan info-info yang banyak tentang haiwan peliharaan. Pegawai berkenaan
memang mahir dalam bidangnya, terbukti melalui penerangan yang memuaskan akal.
Pada suatu ketika
sayapun beranikan diri untuk mengatakan kepada pegawai tersebut bahawa saya
menternak ayam sabung dan baka-baka yang berkualiti saya cuba komersilkan. Dengan
kata lain, saya merupakan seorang breeder ayam sabung secara sambilan. Beliau
kurang senang dan bertanya kepada saya tentang apakah tujuannya menjual ayam
sabung? Tentu jual dan orang lain membeli untuk lagaan katanya. Jadi, perbuatan
menjual ayam sabung itu bersubahat dalam dosa melagakan ayam kerana turut
menjadi supply. Saya menjawab bahawa tujuan membela dan menjual bukanlah
bersubahat apabila orang lain yang melagakan.
Ok tuan-tuan yang
budiman, di sini saya hurai tentang perkara ini. Kita memang akui bahawa
perbuatan menyabung ayam adalah sejelas-jelasnya berdosa menurut nas syara’. Saya
ingin bertanya kepada kalian, siapakah yang menciptakan spesis ayam yang tampan
dan tegap ini? Tentulah Allah s.w.t. dan bukannya para bredeer yang samada
di Malaysia atau di Siam. Bahkan di mana-mana saja. Menurut kaedah syara’, sesuatu perbuatan itu
mubah atau harus selagi tidak ada nas syara’ yang mengharamkannya. Jadi,
membela, menternak dan menjual ayam sabung tiada satupun nas yang menunjukkan
keharamannya. Ianya harus. Termasuklah menjual ayam dengan harga ratusan atau
ribuan ringgit sekalipun, walhal akad jual beli telah sah. Dipersetujui bersama
antara penjual dan pembeli. Manakala orang yang membeli lalu menyabungkannya bukanlah
menjadi tanggungjawab si penjual lagi. Tiada bersubahat dan tiada kena-mengena
dengannya. Nah, sudah terjawab wahai sang pegawai veterinar!
Sebenarnya hobi
melagakan haiwan bukanlah semata pada ayam sabung. Bahkan haiwan lain pun
manusia lagakan termasuklah lembu, kambing, katak dan semutpun orang laga. Aduh
manusia! Jika lembu, adakah berdosa dan dikira bersubahat orang yang menjual lembu
dan pembeli pula melagakannya? Kalau begitu giatkanlah usaha membanteras
lembu-lembu di dalam dunia ini. Begitu juga ayam sabung. Hapuskanlah hingga
pupus kerana manusia menjual dan ada orang melagakannya.
Pegawai tersebut
turut tidak berpuashati kerana menternak ayam sabung disebabkan menyekat fitrah
ayam yang suka mencakar dan mencari makan dengan bebas tanpa dikurung. Sebenarnya
menternak ayam sabung dan mengurung ayam bukan salah seandainya diberikan
tempat kurungan yang baik dan selesa, dikurung bersama pasangan dan diberikan
makan, minum serta ubat yang cukup. Bahkan ramai dalam kalangan kita yang
memandikan ayam. Ramai juga yang tahu bahawa bila dah banyak ayam jantan, maka
teknik mengurung mana-mana ayam jantan dijadikan pilihan. Kalau tidak tentulah
berlaga sesama sendiri sehingga mati. Bukan saja bapak dan ibu ayam, anak ayam
pun suka berlaga. Itu fitrah ayam sabung. Sebab lain dikurung sepasang adalah tujuan
pesum, demi menghasilkan baka yang terbaik daripada pembaka dan induk pilihan
sahaja. Jadi, tertolak lagi hujah sang pegawai veterinar tadi!
Bagaimana pula ya
dengan hobi memelihara burung di dalam sangkar yang kecil, sedangkan fitrah
burung terbang bebas di angkasa raya? (ini hobi beliau dan beliau akui :p)
Bagaimana pula dengan hukum mengembiri atau memandulkan anjing dan kucing? Sedangkan
inilah antara tugas si pegawai veterinar tuan-tuan yang budiman sekelian.
Tujuan tulisan ini diwar-warkan bukanlah bermotifkan untuk memusuhi mana-mana
pegawai veterinar. Cuma untuk menolak segala salah anggapan yang sememangnya tidak
betul kepada orang yang mempunyai hobi menternak ayam sabung.
Kesimpulannya,
saya mengatakan bahawa melagakan ayam sabung tetap haram dan ianya terdedah ke
jurang neraka seandainya tidak bertaubat. Apatah lagi berjudi. Soal membela dan
menjual, tiada masalah. Jadi, motto blog saya berbunyi; ‘Blog Ayam Sabung untuk
Eksotik’ bertepatan dengan segala apa yang saya tulis. Semoga kita sama-sama
dapat mengambil manfaat. Sekian, terima kasih. (9.00 malam - Baling, Kedah)
betul tu bro...kemas
BalasPadamMaaf mencelah sekadar berkongsi info, saya sokong dengan apa yang saudara fakhrul kongsikan, saya ada bertanya dengan tok guru pondok jika ayam yang dijual dan orang yang membeli tu kita tak tahu tujuannya adakah kita dikirakan bersubahat?
PadamKata tok guru kalau ayam tu kita jual di kedai atau pada sesiapa yang kita tak tahu tujuannya untuk pelihara atau untuk dilagakan dah terlepas atas kita, tetapi kalau kita tahu dan kita kenal orang yang nak beli ayam kita tu memang muka kaki laga, memang muka kaki nianya binatang kita di kira bersubahat dan setiap penganiayaan dan kezaliman yang dilakukan ke atas ayam yang kita jual kita dapat saham dosa yang dilakukan.
Jadi berhati-hati dalam menjual ayam sabung jangan kerana untung yang tak seberapa kita dapat dosa kering berpanjangan. Saya cukup yakin jika kita jual pada orang yang betul Allah pasti akan mudahkan jalan rezeki untuk kita, tapi jika dijual pada orang yang menzalimi binatang, orang yang seronok bersorak melihat binatang mengelupor berdarah-darah malahan ada yang cedera, ada yang buta mata, ada yang patah lebih sedih ada yang sampai mati. Maka bertaubatlah selagi ada kesempatan dan sebelum terlambat.
Marilah kita kembangkan hobi ayam sabung ini dengan cara yang betul , ayam sabung ini cukup hebat kerektornya umpama pendekar, kita kena sayang dia baru dia balas jasa kita.
Betul tu Ayam Sabung Batang kaki..saya setuju tu..kalau kita jual kpd betul2 kaki laga, kita dapat saham..jadi juallah kepada bukan kaki laga..
Padamsetuju sgt...berani buat tanggung sendiri..
BalasPadamSaya pun minat bela ayam sabung tp bukan utk tujuan laga sejak dari zaman persekolahan lagi.Setuju dgn pendapat saudara.
BalasPadamBetul tu tuan, saya juga minat bela dr alam sekolah juga..dulu2 bela yg jenis hujung (xtaula kata orang jenis mengikut cara laga)..di tempat saya kebanyakan ayam jenis yg kecil..jadi import yg darah luar fizikalnya lebih besar..ataupun yg dah di cross dgn mcm2 darah..
PadamSy suka warna2 bulu ayam jantan terutama ayam siam.Tp utk hobi dan bukan utk sabung.Kdg2 sanggup berhabis ratusan rm hanya kr minat bela ayam siam.
BalasPadamSamala saya tuan..hehe..hobi punya pasal..kadang sebagai terapi, penat2 balik dr kerja blh hilangkan stress bila bg makan ayam n tengok ayam yg bulu cantik2..berbeza ayam jenis siam/sabung dgn ayam kampung dr segi bulu..pada hemat saya bulu ayam sabung lebih cantik n lembut berbanding ayam kampung..
Padamayam kampung makan kuat, badan kecik, harga murah, tapi ayam laga makan kurang, badan besar sekali sembelih penuh seperiuk, dan kalau kena yang cantik kena gayanya Rm500 ke atas penat berbaloi. dan apa yang saya perhatikan ayam kampung ni nampak bodoh hiii...hiii...berbeza dengan ayam sabung kecik2 dah nampak cerdiknya dan manja2
BalasPadamsalam.sanggup beli ayam siam hitam hijau yg buta sebelah mata kr nak turun baka.niat utk selamatkan dia dr dibawa laga oleh tuan asal...niat baik.Hari2 suka tengok blog ayam siam terutama blog tuan>>>TQ
BalasPadamSetuju sangat2...
BalasPadam