Hubungi saya Fakhrul (019-2444832)

Jumaat, 12 April 2013

Petua Orang Kampung


Bagaimana merawat taji ayam patah atau dipotong bagi menghentikan pendarahan?


Pernah suatu ketika dahulu, ayam jantan jiran kepatahan taji dan darah banyak keluar..kata arwah datuk saudara saya, balut dengan kulit batang keladi hitam..cepatla henti darahnya..

Jadi apabila teringat petua ini, saya cuba berkongsi sedikit dengan pembaca..mungkin ada yg sudah tahu..ini cara tradisional orang2 kampung..

Kekadang ayam jantan yg dijadikan pembaka terlalu panjang tajinya, dan perlu dipotong taji bagi mengelakkan kaki ayam tercedera..bila berjalan, taji yg panjang berlaga kaki..jadi, apabila potong  separuh taji dengan gergaji besi, banyaklah darah keluar..

Kalau anda kenal keladi hitam ini, bolehlah cuba ikhtiar..


Caranya:
Ambil batang keladi hitam, basuh sedikit dan siat kulitnya. Siatkan biar seakan menjadi tali yg agak panjang sedikit sepanjang batang keladi hitam itu. Tujuannnya adalah untuk memudahkan kita melilit kaki ayam yang cedera itu.

Ambil kulit yang telah kita siatkan secara memanjang dan sapukan sedikit minyak gamat jika ada, kalau tiada cuba balutkan saja taji ayam yg patah dengan tali kulit batang keladi hitam itu. Biarkan ianya di kaki ayam. Jangan ikat terlalu kemas. Biarkan selama 3 hari dan tukar yang baru. Prosesnya adalah sama. 

Ada orang layur dahulu batang keladi hitam itu untuk melembutkan kulit keladi hitam itu agar mudah membalutnya nanti. Itu pun boleh di lakukan.
Batang keladi hitam boleh juga merawat kaki burung yg patah..

Di mana nak dapatkan keladi hitam?
Keladi hitam ini sering kedapatan di tepi-tepi parit atau paya, kadang-kadang di hujung-hujung kawasan ladang-ladang. Ianya bukan di tanam, tetapi ianya tumbuh sendiri.

Bila sebut saja nama keladi hitam, maka kebanyakan orang-orang di perkampungan akan mengetahui bentuk, fikizal dan rupanya bagaimana.
Bentuk fizikalnya adalah sama sahaja dengan bentuk fizikal keladi biasa cumanya keladi hitam ini berbeza warna pada batangnya yakni berwarna hitam dan isinya berwarna kehitam-hitaman.

Kebanyakannya di kampung-kampung penduduk menjadikan keladi hitam ini sebagai tanaman di dalam pasu di rumah-rumah sebagai perhiasan di luar rumah atau sebagai ubatan tradisional.

Selamat mencuba tuan-tuan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan