Hubungi saya Fakhrul (019-2444832)

Isnin, 23 Disember 2013

Induk-induk Reban untuk Diperturunkan Benih - Tontotan Sahaja

(1) Kelabu Burma Thai (2) Esset Pakhoy Burma Siam (3) Kuning Burma (4) Rinting Ganu asli (5) Borek Pakhoy (6) Hitam hijau Burma Saigon




Ahad, 17 November 2013

Jualan cuti sekolah Hujung November penghabisan stok!!


(1) Pembaka Aseel cross
Darah 90% Aseel
Umur lebih kurang 2 tahun
Berat 3.2 kg
Sesuai untuk pembaka sahaja
Ayam sihat, aktif dan produktif
Status: sold to SP








(2) Jalak Pama sitam
Darah pama
Batang kaki
Umur 10 bulan
Berat: 2.9 kg
Ayam sihat, aktif dan produktif
Status: sold to Melaka





(3) Bapak Muda
sold to Taiping



(4) Ibu kuning 2x bertelur
Darah Siam bangsa lama (bapak) dan Burma (ibu)
Batang kaki
Ayam sihat, aktif, produktif dan saiz besar
Status: sold to Batu Pahat





(5) Betina Pama Bangkok
Darah Pama Bangkok
Type batang kaki
Hampir nak bertelur
Ayam sihat dan aktif
Status: sold to Melaka





(6) Anak jantan Siam Burma 3,4 bulan
Darah Siam (bapak) + Burma (ibu)
Bapak batang kaki hujung, ibu batang kaki
Umur lebih kurang 3,4 bulan
Ayam sihat dan aktif
Status: berpindah reban ke Kroh, Perak





(7) Anak betina Siam Burma 3,4 bulan
Darah Siam (bapak) + Burma (ibu)
Bapak batang kaki hujung, ibu batang kaki
Umur lebih kurang 3,4 bulan
Ayam sihat dan aktif
Status: berpindah reban ke Kroh, Perak


Jumaat, 15 November 2013

Anak-anak Siam Ganu


Anak-anak baka Siam Ganu 3 bulan berpindah reban ke Kuala Ketil..

Betina 1




Betina 2





Anak-anak Aseel Ganu dan Pama Siam..

Jumaat, 8 November 2013

Pembaka..

Bunga raya Pakhoy Brasil Saigon import 1x

Selamat sampai 8/11/2013 (Jumaat) - Display only




Pic - 1/12/2013



Pic - 12/2/2014

Isnin, 14 Oktober 2013

Bakal indukan 2014 - Display only

Burma Saigon batang kaki




Hampir matang..


Bapaknya Burma Saigon Import (sudah mati)

Ahad, 6 Oktober 2013

Faedah-faedah memelihara haiwan..

Selain dari hobi, binatang peliharaan juga sedikit sebanyak membantu kita ke arah kesihatan yang baik dari segi mental mahupun fizikal. Kita lihat apakah faedah-faedahnya:

1. Mengurangi stress
Penelitian yang dilakukan tim dari State University of New York, menemukan bahwa ketika seseorang melakukan pekerjaan yang penuh tekanan, kadar stressnya berkurang saat ditemani haiwan peliharaannya. Hal ini jika dibandingkan ditemani dengan pasangan, teman dekat, atau anggota keluarga lain.

2. Menurunkan tekanan darah
Memiliki haiwan peliharaan juga berpotensi untuk menurunkan tekanan darah, terutama pada pesakit hipertensi. Hal itu menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), Amerika Syarikat.
"Jika ada haiwan peliharaan di sekitar Anda, tekanan darah boleh menurun," kata Marty Becker, penulis buku "Your Dog: The Owner’s Manual".

3. Mengurangi rasa sakit
Percaya atau tidak, binatang adalah ubat pereda rasa sakit terbaik. Terutama bagi orang yang mengalami migrain atau otot kronik. “Seperti Valium, memiliki haiwan peliharaan mampu mengurangi rasa cemas, kegelisahan berkurang," kata Becker.

4. Menurunkan kolesterol
Menurut CDC, memiliki haiwan  peliharaan, membuat jantung lebih sihat  kerana mampu menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Diketahui bahawa lelaki yang memiliki haiwan peliharaan, level trigliserida (lemak) dan kolesterolnya lebih rendah dibandingkan pria yang tidak memiliki haiwan peliharaan.

5. Mencegah strok
“Jika Anda memiliki kucing, risiko serangan jantung berkurang hingga 30 peratus. Lalu risiko strok mampu berkurang hingga 40 peratus," kata Dr. Becker. Bukan hanya itu, haiwan peliharaan juga mampu membantu pemulihan pesakit yang terkena serangan jantung.

Menurut Becker, jika seseorang pernah mengalami serangan jantung dan memiliki haiwan peliharaan, kemungkinan hidupnya lapan kali lebih besar.

Sumber: duniakiesya.blogspot.com/2012/07/mempunyai-haiwan-peliharaan-mampu-ubati.html

 * kata mereka yang mengkaji *

Gambar internet

Sabtu, 5 Oktober 2013

Menjawab tohmahan..


Assalamualaikum kepada tuan-tuan yang beragama Islam dan selamat malam buat yang non-muslim. Terima kasih kerana anda sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini.

Kehidupan kita memang menarik dan bahagia jika ditinjau dari segi beraktiviti hobi menternak ayam pupuh atau ayam sabung. Pemilihan kata ‘Ayam Pupuh’ ada sebab-sebabnya tertentu. Saya menternak ayam pupuh (ayam siam / ayam sabung / ayam laga / ayam aduan / ayam tempur) kerana bukan berorientasikan lagaan ayam. Tetapi berorientasikan hobi dan minat mendalam terhadap ayam yang diciptakan Tuhan ini dengan ciri-ciri yang amat menarik. Di samping untuk berniaga.

Maaf kerana berceloteh, tetapi hanya untuk menarik perhatian tuan-tuan yang budiman dalam menyampaikan sedikit nasihat dan info-info berguna. Saya merupakan seorang pendidik dan baru-baru ini telah membawa anak-anak murid ke pejabat veterinar di daerah tempat saya bekerja (bukan di daerah Baling). Anak-anak murid diberikan info-info yang banyak tentang haiwan peliharaan. Pegawai berkenaan memang mahir dalam bidangnya, terbukti melalui penerangan yang memuaskan akal.

Pada suatu ketika sayapun beranikan diri untuk mengatakan kepada pegawai tersebut bahawa saya menternak ayam sabung dan baka-baka yang berkualiti saya cuba komersilkan. Dengan kata lain, saya merupakan seorang breeder ayam sabung secara sambilan. Beliau kurang senang dan bertanya kepada saya tentang apakah tujuannya menjual ayam sabung? Tentu jual dan orang lain membeli untuk lagaan katanya. Jadi, perbuatan menjual ayam sabung itu bersubahat dalam dosa melagakan ayam kerana turut menjadi supply. Saya menjawab bahawa tujuan membela dan menjual bukanlah bersubahat apabila orang lain yang melagakan.

Ok tuan-tuan yang budiman, di sini saya hurai tentang perkara ini. Kita memang akui bahawa perbuatan menyabung ayam adalah sejelas-jelasnya berdosa menurut nas syara’. Saya ingin bertanya kepada kalian, siapakah yang menciptakan spesis ayam yang tampan dan tegap ini? Tentulah Allah s.w.t. dan bukannya para bredeer yang samada di Malaysia atau di Siam. Bahkan di mana-mana saja. Menurut kaedah syara’, sesuatu perbuatan itu mubah atau harus selagi tidak ada nas syara’ yang mengharamkannya. Jadi, membela, menternak dan menjual ayam sabung tiada satupun nas yang menunjukkan keharamannya. Ianya harus. Termasuklah menjual ayam dengan harga ratusan atau ribuan ringgit sekalipun, walhal akad jual beli telah sah. Dipersetujui bersama antara penjual dan pembeli. Manakala orang yang membeli lalu menyabungkannya bukanlah menjadi tanggungjawab si penjual lagi. Tiada bersubahat dan tiada kena-mengena dengannya. Nah, sudah terjawab wahai sang pegawai veterinar!

Sebenarnya hobi melagakan haiwan bukanlah semata pada ayam sabung. Bahkan haiwan lain pun manusia lagakan termasuklah lembu, kambing, katak dan semutpun orang laga. Aduh manusia! Jika lembu, adakah berdosa dan dikira bersubahat orang yang menjual lembu dan pembeli pula melagakannya? Kalau begitu giatkanlah usaha membanteras lembu-lembu di dalam dunia ini. Begitu juga ayam sabung. Hapuskanlah hingga pupus kerana manusia menjual dan ada orang melagakannya.

Pegawai tersebut turut tidak berpuashati kerana menternak ayam sabung disebabkan menyekat fitrah ayam yang suka mencakar dan mencari makan dengan bebas tanpa dikurung. Sebenarnya menternak ayam sabung dan mengurung ayam bukan salah seandainya diberikan tempat kurungan yang baik dan selesa, dikurung bersama pasangan dan diberikan makan, minum serta ubat yang cukup. Bahkan ramai dalam kalangan kita yang memandikan ayam. Ramai juga yang tahu bahawa bila dah banyak ayam jantan, maka teknik mengurung mana-mana ayam jantan dijadikan pilihan. Kalau tidak tentulah berlaga sesama sendiri sehingga mati. Bukan saja bapak dan ibu ayam, anak ayam pun suka berlaga. Itu fitrah ayam sabung. Sebab lain dikurung sepasang adalah tujuan pesum, demi menghasilkan baka yang terbaik daripada pembaka dan induk pilihan sahaja. Jadi, tertolak lagi hujah sang pegawai veterinar tadi!

Bagaimana pula ya dengan hobi memelihara burung di dalam sangkar yang kecil, sedangkan fitrah burung terbang bebas di angkasa raya? (ini hobi beliau dan beliau akui :p) Bagaimana pula dengan hukum mengembiri atau memandulkan anjing dan kucing? Sedangkan inilah antara tugas si pegawai veterinar tuan-tuan yang budiman sekelian. Tujuan tulisan ini diwar-warkan bukanlah bermotifkan untuk memusuhi mana-mana pegawai veterinar. Cuma untuk menolak segala salah anggapan yang sememangnya tidak betul kepada orang yang mempunyai hobi menternak ayam sabung.

Kesimpulannya, saya mengatakan bahawa melagakan ayam sabung tetap haram dan ianya terdedah ke jurang neraka seandainya tidak bertaubat. Apatah lagi berjudi. Soal membela dan menjual, tiada masalah. Jadi, motto blog saya berbunyi; ‘Blog Ayam Sabung untuk Eksotik’ bertepatan dengan segala apa yang saya tulis. Semoga kita sama-sama dapat mengambil manfaat. Sekian, terima kasih. (9.00 malam - Baling, Kedah)                                     

Rabu, 2 Oktober 2013

Bagi yang beragama Islam, renung-renungkanlah..

AWAS MENYEKSA BINATANG MENEMPAH NERAKA!


بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Penganiayaan atau penyeksaan terhadap binatang itu adalah satu kezaliman. Islam melarang keras kepada umatnya melakukan sebarang bentuk kezaliman baik sesama manusia mahupun terhadap binatang. Hatta ketika menyembelih pun, binatang itu hendaklah diperlakukan dengan penuh ihsan. Sebagaimana yang disyariatkan hendaklah menggunakan pisau yang tajam serta makruh mengasah pisau di hadapan binatang yang akan disembelih dan menyembelih binatang lain di hadapannya.


Perbuatan menyeksa atau menganiaya binatang adalah jelas haramnya. Al-Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah mengkategorikan menyeksa binatang itu termasuk dalam dosa-dosa besar. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya:

“Sesiapa yang menyeksa sesuatu yang bernyawa, lalu tidak bertaubat, nescaya Allah menyeksanya pada Hari Kiamat.”
(Hadits riwayat Ahmad)

Antara bentuk-bentuk penyeksaan dan penganiayaan yang dilakukan terhadap binatang ialah:


1. Melagakan binatang


Melagakan atau menyabung binatang mendedahkannya kepada bahaya, kesakitan bahkan boleh mengakibatkan kematian.

Perbuatan ini adalah dilarang oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Larangan tersebut dinyatakan dalam hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma katanya:

Maksudnya:

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang melaga binatang.”
(Hadits riwayat at-Tirmidzi dan Abu Daud)


2. Memukul dan menyelar muka binatang


Muka adalah bahagian anggota badan yang lembut. Memukul dan menyelar pada bahagian muka adalah antara bentuk penyeksaan terhadap binatang. Menyelar muka binatang bagi tujuan meletakkan tanda pengenalan binatang ialah menggunakan besi panas yang telah dibakar. Perbuatan demikian sudah tentu mendatangkan kesakitan yang amat sangat, lebih-lebih lagi pada bahagian muka. Dari itu perbuatan ini adalah dilarang.


Sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh Jabir Radhiallahu ‘anhu katanya:

Maksudnya:

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang memukul dan menyelar muka.”
(Hadits riwayat Muslim)


Muka binatang juga termasuk di dalam larangan ini. Allah Subhanahu wa Ta‘ala melaknat mereka yang menyelar muka binatang. Sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam,

Jabir Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan sebuah hadits mengenai perkara ini, katanya:

Maksudnya:

“Bahawasanya telah melintas di hadapan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam seekor keldai yang telah diselar pada bahagian mukanya. Maka Baginda bersabda: “Allah melaknat orang yang menyelar (pada bahagian muka) keldai”.
(Hadits riwayat Muslim)

Adapun menyelar binatang bukan pada bahagian muka seperti badan binatang itu maka tidaklah diharamkan bahkan harus hukumnya.


3. Mengembiri binatang


Mengembiri binatang yang haram dimakan seperti kucing dan sebagainya adalah dilarang, sama ada binatang itu masih kecil atau pun sudah dewasa. Bahkan ia termasuk dalam dosa-dosa besar

sebagaimana yang disebutkan oleh al-Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah.


Adapun binatang yang halal dimakan seperti kambing, lembu dan seumpamanya adalah haram dikembiri jika binatang tersebut sudah dewasa. Berlainan pula jika binatang yang halal dimakan itu masih kecil, maka harus dikembiri binatang tersebut jika tujuan kembiri itu ialah untuk menggemukkan binatang itu dan mendapatkan daging yang lebih enak.


4. Memisahkan anak daripada ibunya


Perbuatan memisahkan anak binatang yang masih kecil daripada ibunya boleh mendatangkan kesusahan kepada anak binatang tersebut. Ini kerana ia masih perlukan penjagaan dan perlindungan daripada ibunya, sama seperti kita manusia. Oleh sebab itulah perbuatan ini dilarang oleh syara‘.


Hal ini pernah diriwayatkan oleh ‘Abdullah Ibn Mas’ud Radhiallahu ‘anhu mengenai anak burung yang dipisahkan daripada indungnya, beliau berkata:

Maksudnya:

“Adalah kami (kata ayahanda Abdullah) bersama- sama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam suatu perjalanan. Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
berangkat kerana suatu keperluan Baginda, maka kami melihat hummarah (sejenis burung), bersamanya dua ekor anaknya, kami pun mengambil dua ekor anak burung itu, maka datanglah hummarah itu mengkebas-kebas kepaknya. Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pun datang dengan bersabda: “Siapa yang menyakiti (menyusahkan) anak-anak burung ini dengan (memisahkan) dari ibunya? Kembalikan semula anak burung ini kepada ibunya …”
(Hadits riwayat Abu Daud)


5. Mengurung sehingga mati kelaparan


Mengurung binatang tanpa memberinya makanan sehingga dibiarkan mati kelaparan adalah dilarang dan ia boleh menyebabkan seseorang itu masuk neraka, sebagaimana diceritakan dalam suatu peristiwa:

Ertinya:

“Diseksa seorang perempuan (kerana) seekor kucing yang telah dikurungnya sehingga mati kelaparan. Dengan sebab itu masuklah perempuan itu dalam api nereka.”
(Hadits riwayat al-Bukhari)



Sumber: jomfaham.blogspot.com/2010/03/hukum-menyeksa-binatang.html



Semoga anda mengambil manfaat daripada tulisan di atas..saya sebagai pemilik blog Ayam Pupuh Baling bersetuju dengan apa yang dijelaskan, memandangkan dosa melagakan haiwan termasuklah ayam sangatlah berat..mengundang neraka! 

Minta maaf kepada para penyabung ayam di luar sana..saya juga meminati ayam sabung, tetapi walau sehebat mana ayam saya, tujuannya adalah bukan untuk dilagakan..bagi yang membeli ayam saya, terima kasih kerana anda bukan kaki laga..saya berharap ayam-ayam saya dijaga dengan baik setelah dibeli, bukan untuk dirosakkan dan sebagainya..diharapkan agar ianya tidak pupus begitu saja..itu saja harapan saya..
Asal sesuatu perkara menurut Islam adalah hukumnya harus selagi tidak ada dalil mengharamkannya..termasuklah menternak dan menjual ayam sabung..tetapi melagakannya itu dosa dan saya tiada kaitan dengan perbuatan tersebut..harap maklum!!