Hubungi saya Fakhrul (019-2444832)

Memaparkan catatan dengan label ayam Bangkok. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ayam Bangkok. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Mac 2013

AYAM SABUNG

'Ayam sabung, ayam laga, ayam Bangkok, ayam Siam atau ayam baik (bahasa Inggeris:gamecock) adalah sejenis baka ayam. Ia digemari oleh para peminat ayam di sebabkan ciri-ciri sabungnya. Ayam sabung ialah ayam yang sanggup bertarung sampai mati. Di Thailand danSemenanjung Malaysia, ayam sabung seakan-akan sama dari jenis baka dan cara aduannya. Sesetengah mengatakan ayam sabung dari Semenanjung Malaysia diimport dari Bangkok (Thailand) dan tidak mustahil ayam sabung ini seakan-akan sama. 
Manakala di Sabah, Sarawak dan sesetengah tempat di Indonesia ayam sabung ini berbeza daripada ayam sabung dari Bangkok kerana saiz ayam sabung ini lebih kecil dan seakan-akan ayam katik dan ayam hutan. Ayam ini juga dipercayai berasal dari Myanmar. Ayam ini juga dikenali sebagi ayam pisau kerana tajinya dipasangkan dengan pisau bersaiz lebih kurang 5 inci dan adunya tidak memakan masa terlalu lama iaitu sehingga 4 minit sahaja.
Di Semenanjung Malaysia, kebanyakan pengemar ayam laga cukup berminat dengan ayam sabung dari Bangkok. Mereka sanggup menghabiskan wang beribu-ribu ringgit semata-mata untuk mendapatkan baka yang baik.' - Sumber Rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/Ayam_sabung


Orang Melayu dahulu kala juga dikenali dengan hobi memelihara ayam sabung atau ayam aduan ini. Masa lapang diisi dengan acara pertarungan ayam. Ada juga yang memelihara ayam untuk suka-suka, menjamu mata melihat kecantikan dan ketegapan ayam, membasuh dan memandikan ayam serta memastikan ayam peliharaan sihat walaupun bukan tujuan untuk bertarung, atas kecenderungan masing-masing.
Di daerah Baling, Kedah dan beberapa tempat lain seperti di utara Perak, ayam sabung lebih dikenali dengan nama AYAM PUPUH. AYAM PUPUH mempunyai makna yang hampir sama dengan ayam aduan. Memang sifat ayam ini untuk berlaga. Pantang berjumpa gu, mula berkokok, memanjangkan leher, muka berubah menjadi merah menyala, menguis-nguis tanah dan bersedia untuk berlaga. Kata orang, ayam jantan spesies ayam sabung ini kalau 10 ekor diletakkan dalam reban yang sama, berlaga sesama sendiri..boleh jadi sampai mati..pantang kalah..
Dewasa ini, ramai yang berminat memelihara dan mengkacukkan pelbagai paten ayam sabung, sampai banyak jenis paten atau darah. Daripada paten berbeza seperti Thai, Burma, Saigon / Ganoi, Pakhoi/Pakhoy, Brazil, Shamo, Ganu dan lain-lain. Saya juga minat untuk membiakkan ayam sabung yang berbagai darah ini hinggalah menemukan banyak sifat atau karekter ayam. 

Contoh anak ayam sabung

Contoh ayam sabung jantan