Hubungi saya Fakhrul (019-2444832)

Khamis, 21 Mac 2013

Pembaka Burma Saigon


 Bapak ini diimport dan dijadikan pembaka di reban saya.

Gambar semasa di Siam tahun lepas sebelum dibeli..
Berat 3.8 kg

Rabu, 20 Mac 2013

Terima kasih kerana melayari blog ini..

Pengunjung-pengunjung yang dihormati sekelian, terima kasih kerana melayari blog saya yg xseberapa ini..sememangnya tidak syak lagi pengunjung-pengunjung juga adalah peminat ayam sabung, ayam baik atau ayam pupuh..Hobi menternak ayam jenis ini dijadikan pilihan..terbit dari naluri sayangkan makhluk Tuhan..yang sememangnya makhluk ciptaanNya cantik, sempurna dan mantap khususnya ayam baik yg diperkatakan ini..

Hobi bukan semata hobi..di luar sana ramai breeder ayam sabung dengan matlamat dan cita-cita masing-masing membiak pelbagai trat ayam..ada yg minat semata rupa, bentuk badan, warna bulu, minat pada bentuk balung, bauk ayam dan lain-lain..bagi yg sibuk bekerja, lihat dan bg makan ayam lepas pulang kerja tentu sekali hilang penat bekerja..menjamu mata dgn kecantikan dan ketegapan ayam yg dimiliki..tentu seronok..itulah hobi namanya..

Apa-apapun, selamat berhobi!!

Jenis-jenis ayam diminati ramai (gambar dari internet):

Ayam jenis (Bangkok) dari Thailand. 

Ayam jenis Brazilian, berasal dari negara Brazil.

Ayam jenis Burma, jenis ayam petarung yang berasal dari Myanmar.

Ayam jenis Siam.

Ayam jenis Shamo, Berasal dari negara Jepun. Ayam jenis inilah yang mempunyai ciri fizik yang paling Atletis dengan tegakan 90' pada saat berdiri. 

Ayam jenis Saigon, berasal dari negara Vietnam. 

Ayam jenis Aseel, berasal dari negara Asia Selatan seperti Pakistan dan India. 

Selasa, 12 Mac 2013

Pembaka Merah Siam



Ayam ni merupakan benih Siam Asli atau Siam Purba..jenis lama..

Rangka tinggi dan besar..sekarang dah cecah 4 kg..Umur lebih kurang 1 tahun 5 bulan..Ayam ini didatangkan dari farm saudara Bad, Sungai Petani..

Jumaat, 1 Mac 2013

AYAM SABUNG

'Ayam sabung, ayam laga, ayam Bangkok, ayam Siam atau ayam baik (bahasa Inggeris:gamecock) adalah sejenis baka ayam. Ia digemari oleh para peminat ayam di sebabkan ciri-ciri sabungnya. Ayam sabung ialah ayam yang sanggup bertarung sampai mati. Di Thailand danSemenanjung Malaysia, ayam sabung seakan-akan sama dari jenis baka dan cara aduannya. Sesetengah mengatakan ayam sabung dari Semenanjung Malaysia diimport dari Bangkok (Thailand) dan tidak mustahil ayam sabung ini seakan-akan sama. 
Manakala di SabahSarawak dan sesetengah tempat di Indonesia ayam sabung ini berbeza daripada ayam sabung dari Bangkok kerana saiz ayam sabung ini lebih kecil dan seakan-akan ayam katik dan ayam hutan. Ayam ini juga dipercayai berasal dari Myanmar. Ayam ini juga dikenali sebagi ayam pisau kerana tajinya dipasangkan dengan pisau bersaiz lebih kurang 5 inci dan adunya tidak memakan masa terlalu lama iaitu sehingga 4 minit sahaja.
Di Semenanjung Malaysia, kebanyakan pengemar ayam laga cukup berminat dengan ayam sabung dari Bangkok. Mereka sanggup menghabiskan wang beribu-ribu ringgit semata-mata untuk mendapatkan baka yang baik.' - Sumber Rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/Ayam_sabung


Orang Melayu dahulu kala juga dikenali dengan hobi memelihara ayam sabung atau ayam aduan ini. Masa lapang diisi dengan acara pertarungan ayam. Ada juga yang memelihara ayam untuk suka-suka, menjamu mata melihat kecantikan dan ketegapan ayam, membasuh dan memandikan ayam serta memastikan ayam peliharaan sihat walaupun bukan tujuan untuk bertarung, atas kecenderungan masing-masing.
Di daerah Baling, Kedah dan beberapa tempat lain seperti di utara Perak, ayam sabung lebih dikenali dengan nama AYAM PUPUH. AYAM PUPUH mempunyai makna yang hampir sama dengan ayam aduan. Memang sifat ayam ini untuk berlaga. Pantang berjumpa gu, mula berkokok, memanjangkan leher, muka berubah menjadi merah menyala, menguis-nguis tanah dan bersedia untuk berlaga. Kata orang, ayam jantan spesies ayam sabung ini kalau 10 ekor diletakkan dalam reban yang sama, berlaga sesama sendiri..boleh jadi sampai mati..pantang kalah..
Dewasa ini, ramai yang berminat memelihara dan mengkacukkan pelbagai paten ayam sabung, sampai banyak jenis paten atau darah. Daripada paten berbeza seperti Thai, Burma, Saigon / Ganoi, Pakhoi/Pakhoy, Brazil, Shamo, Ganu dan lain-lain. Saya juga minat untuk membiakkan ayam sabung yang berbagai darah ini hinggalah menemukan banyak sifat atau karekter ayam. 

Contoh anak ayam sabung

Contoh ayam sabung jantan